Baiklah, kali ini kami akan berkongsi berkenaan tanda demam denggi yang perlu anda tahu.
Sebelum ini, mari kita lihat apakaah definisi demam denggi.
Definisi Demam Denggi
Demam denggi didefiniskan sebagai satu penyakit jangkitan virus yang dibawa oleh gigitan oleh nyamuk aedes.Terdapat 4 jenis virus denggi yang boleh menjangkiti manusia iaitu DEN1, DEN2, DEN3, DEN4.
Maksudnya di sini, seseorang itu boleh dijangkiti lebih dari sekali demam denggi kerana seseorang yang telah sembuh daripada demam denggi hanya imun terhadap virus yang mereka pernah hidapi sahaja dan bukannya 3 virus lain.
TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
10 Tanda Demam Denggi- Demam terjadi pada hari ke-3 hingga ke 14 selepas didigt nyamuk.
- Demam mengejut
- Sakit kepala
- Sakit pada bahagian belakang mata
- Sakit otot-otot
- Demam mencapai suhu 40C-41C
- Boleh menyebabkan sawan pada budak bawah umur 6 tahun.
- Ruam muncul pada hari ke-3 dan ke 4
- Muntah
- Kurang selera makan
Jika anda mengalami simptom-simptom di atas ini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana denggi ini tidak mempunyai ubat khusus seperti sakit lain.
0 Response to "Tanda dan Simptom Demam Denggi"
Post a Comment