Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG. Pada 1 April ini, anda kini boleh menyemak adakah anda layak untuk menduduki UKCG. UKCG ini boleh dikatan sebagai saringan sebelum anda betul-betul dapat dipanggil temuduga menjadi guru.

Contoh soalan Ujian kelayakan calon guru. Selepas anda mengisi borang online IPG Maktab perguruan, anda akan dipanggil untuk ujian UKCG.

UKCG bukan hanya sekadar ujian bertulis menjawab soalan, akan tetapi lebih dari itu.

Di sini dikongsikan contoh soalan dan jenis soalan yang akan diberikan semasa anda menjalani UKCG.

Ujian UKCG ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  1. Bahagian A: Ujian bertulis.
  2. Bahagian B: Ujian kecergasan fizikal.

Contoh Soalan UKCG



Bahagian A:

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang anda akan temui semasa menjawab ujian bertulis UKCG. Soalan ini hanya mempunyai dua pilihan jawapan sahaja. Ianya sama sahaja seperti menjawab soalan Medsi (ujian kelayakan untuk UPSI).


contoh soalan ukcg



Bahagian B:

Bahagian B merupakan ujian kecergasan fizikal. Ujian kecergasan fizikal akan menguji sejauh mana tahap ketahanan dan juga kekuatan fizikal calon. Ramai juga yang meyuarakan apa relevannya ujian ini kepada bakal guru. Untuk pengetahuan semua, sesungguhnya tugas guru itu amat berat dan memerlukan kekuatan serta kesihatan fizikal yang memuaskan untuk menyempurnakan tugas seorang guru.

Umum mengetahui bahawa tugas seorang guru bukan hanya ketika berada di dalam kelas, bahkan ketikan berapa di luar bilik darjah sebagai contoh bertugas semasa hari sukan, hari perkemahan , dan bertugas ketika melaksanakan aktivi kokurikulum yang lain.

Ujian kecergasan fizikal ini terbahagi kepada 5 jenis ujian, iaitu:


1.BMI test : BMI adalah singkatan bagi Body Mass Index.Ujian BMI, timbang berat dan ukur ketinggian bagi mengetahui sama ada anda berta badan berlebihan, normal mahupun kurang. Lihat sini cara kira BMI .

2. Sit UP (bangkit tubi)- dalam sit up ni pula anda akan diberikan 5 variasi cara untuk sit up. Apa yang penting, anda kena fit.

3. Lompat kuadran. Kuadran adalah 4 petak yang bersebalahan satu sama lain. Anda akan melompat dalam satu kuadran dan jangan terpijak garisan. Ianya seperti  gambar di bawah ini. Untuk melihat cara betul melakukannya, anda boleh mencarinya di youtube dengan kata kunci "quadrant jumping ". Mungkin anda boleh mempraktikkannya sebelum anda menghadiri ujian UKCG yang sebenar.

ujian ukcg lompat kuadran.
4. Ujian Kilas Sisi- Ujian ini pula anda dikehendaki dalam posisi seperti gambar di bawah ini dan sentuh kertas yang ditampal di dinding sebanyak yang mungkin selama 1 minit.
ujian kilas sisi untuk ukcg


5.  Bleep test - Bleep test memerlukan anda untuk berlari ulang alik dalam jarak 20m dari satu checkpoint ke checkpoint yang satu. Anda perlu berpatah balik ketika bunyi beep dibunyikan. Ujian ini menguji tahap endurance dan speed anda. Semakin lama, bujyi selang di atara satu beep dan bunyi beep lain akan menjadi dekat dan larian akan menjadi semakin sukar. Anda perlu bertahan dalam masa yang sama mengekalkan larian.
contoh ujian bleep test ukcg


Kesimpulannya, menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana banyak ujian saringan yang dilakukan sebelum pihak kementerian bersetuju untuk melayakkan anda menjadi seorang guru.

Selamat menduduki ujian UKCG. Semoga anda berjaya menempuhi ujian ini dengan jayanya seterusnya menjadi guru yang cemerlang. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)"

Post a Comment