Pengalaman Naik Uber Kota Kinabalu, Review

Beberapa hari lepas, pertama kali naik UBER. Berita Uber sudah tersedia di Kota Kinabalu ni rasa-rasanya mula dengan masa bulan Mei haritu. Terasa la jugak nak try Uber ni kan. Sebab seperti yang kita tahu, sebagai rakyat Sabah sendiri perkhidmatan teksi di Kota Kinabalu ni, boleh dikatakan masih tidak efisien dan harga yang mahal. Jadi, Uber ni merupakan alternatif bagi menaiki teksi . harga memang jauh murah.

Okay, bercerita mengenai pengalaman naik Uber di Kota Kinabalu. Minggu lepas, naik bas dari kudat ke Kota Kinabalu. Plan nak berhenti di bustop 1Borneo. Akan tetapi, bas yang dinaiki tidak melalui jalan tu. Maka, saya ambil keputusan untuk turun terus di terminal bandaran Kota Kinabalu. Dan dalam masa sama, teringin cuba bagaimana perkhidmatan Uber di kota Kinabalu.

Setelah, buka app Uber, dan cek pickup point and destination. Estimated fare yang dipaparkan adalah RM8-RM15. Masih consider murah berbanding dengan teksi.

[daftar sebagai pemandu uber di Kota Kinabalu sini ]
Maka, buka app uber dan cari pemandu. Dan aplikasi uber menunjukkan yang saya mendapat pemandu lelaki berkereta proton. Estimated time yang ditunjukkan adalah 6 minit untuk sampai ke destinasi saya.
uber kota kinabalu

Tunggu punya tunggu pemandu tak sampai-sampai. Akhirnya saya cancelkan, dan search yang lain pula.


Kali ini dapat pemandu wanita pula berkerta proton perdana. Sejurus selepas aplikasi uber temukan dengan pemandu itu, tiba-tiba saya mendapat call dari nombor tidak dikenali. Tapi saya boleh agak yang ni mungkin dari pemandu uber tadi.

'hello, uber di sini. Kita tunggu mana ya?"
"oo, sini depan pintu gerbang padang"
"ok, sekejap lagi sampai"

Tunggu dalam 5 minit, akhirnya kereta sampai. Pemandu suruh naik. Pada ketika itu saya konfiusm nak duduk di depan ke atau di belakang. Akhirnya saya ambil keputusan duduk di belakang sahaja.

Sepanjang perjalanan, seperti biasa berborak-borak mengenai uber. Kadang-kadang bercerita mengenai pekerjaan dan macam-macam lagi.

Perjalanan 30 minit tidak terasa lama. akhirnya sampai. Saya memilih pembayaran melalui cash. Dan untuk perjalanan 12.50 kilometer, selama 33.27 minit sambil meredah jem, bayaran yang dikenakan adalah RM15.56.

So far, pendapat saya mengenai uber di Kota Kinabalu, ianya sangat memudahkan. dan insyaAllah saya akan menaiki lagi uber jika pergi ke kota Kinabalu.

Satu yang saya dapat lihat mengenai perkhidmatan Uber di kota Kinabalu ini adalah, lebih baik daftar awal-awal untuk menjadi pemandu. Menurut pemandu uber yang saya naiki tempoh hari, pendaftaran adalah amat mudah dan senang. Setiap bulan akan dapat duit biarpaun buat uber part time.

Jika korang nak buat part time dan berada di Kota Kinabalu, ada baiknya anda buat Uber.
Daftar senang je, daftar sini.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengalaman Naik Uber Kota Kinabalu, Review"

Post a Comment