Sinopsis Lengkap Novel Tirani
Berikut merupakan sinopsi novel Tirani Tingkatan 5:
Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa. Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre, Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya, Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah hampir tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas pembedahan berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembir.
Sinopsis Setiap Bab Novel Tirani
Bab 1
Bab 2
Bab3...
sumber: cikgu azhar
0 Response to "Sinopsis Novel Tirani Komsas Tingkatan 5"
Post a Comment