Viral di FB, Anak Berpakaian Lusuh. "Saya Tak Mampu Beli Kelengkapan Anak" - Ibu



Jasin, 3 Jan -  Disaat murid lain dihiasi senyuman manis pada wajah mereka,  permulaan tahun 2017 juga merupakan ksedihan bagi sebilangan yang lain.

Berikut adalah kisah sedih seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang telah viral di Facebook

Ibu kepada kanak-kanak ini tidak menyangka cerita mengenai ananya berpakaian lusuh dan lama ke sekolah akhirnya mendapat perhatian ramai orang di Facebook.

Ibu kepada murid ini merupakan seorang yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai 3 orang anak berusia 18 tahun, 8 tahun dan 7 tahun.

Anak-anaknya cuma memakai pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai.


"Memang benar, pakaian sekolah yang digunakan anak-anak saya empat tahun lepas itulah dipakai bersilih ganti setiap hari sehingga kini dan ia semakin lusuh.

"Saya tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah untuk mereka kerana tidak mampu, malah wang saku juga saya tidak mampu beri," katanya sebagaimana lapor Berita Harian Online.

 Beberapa keping gambar anak bongsu wanita tersebut, Fatimah Zahara, yang hadir ke sesi pendaftaran murid Tahun Satu di  sekolah di Ayer Keroh menjadi viral di Facebook seterusnya mengundang simpati netizen.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Viral di FB, Anak Berpakaian Lusuh. "Saya Tak Mampu Beli Kelengkapan Anak" - Ibu"

Post a Comment