Cara Semak CCRIS Secara Online

Semak CCRIS. Ramai sedia maklum berkenaan CCRIS, tetapi tidak ramai tahu bagaimana cara yang betul untuk menyemak senarai CCRIS.

Bagaimanakah cara Semak CCRIS secara online? CCRIS adalah Central Credit Reference Information System (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat). Dimana semua rekod seperti pinjaman rumah, kereta, hutang kad kredit , rekod penjamin dan sebagainya akan direkodkan dalam CCRIS.Melalui CCRIS rekod ini juga kita boleh tahu sama ada kita blacklist BNM atau tidak.
contoh ccris report
Contoh laporan CCRIS

Cara Semak CCRIS Online

Anda boleh menyemak laporan CCRIS anda melalui cara berikut:

1. Kunjungi Bank Negara Malaysia di bahagaian khidmat pelanggan. berikut merupakan alamat BNM

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

2. Kunjungi cawangan BNM yang terdapat di Kota Kinabalu, Kuching , Johor Bahru, Kuching dan Kuala Terengganu. 

Alamat Cawangan BNM

Bank Negara Malaysia 
Pejabat Wilayah Pulau Pinang 
No. 27, Lebuh Light
10200 Pulau Pinang
Talian Am: +604-2587588

Pejabat Wilayah Johor Bahru 
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru 
Johor
Talian Am:  +607-22578882. 

Bank Negara Malaysia
Pejabat Wilayah Kota Kinabalu 
Jalan Lapan Belas 
88000 Kota Kinabalu 
Sabah
Talian Am:  +6088-211211

Bank Negara Malaysia
Pejabat Wilayah Kuching 
Jalan Satok
93000 Kuching
Sarawak
Talian Am:  +6082-252311
   
Bank Negara Malaysia 
Cawangan Kuala Terengganu 
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu 
Terengganu 
Talian Am:  +609-6220571 

3. Jika anda jauh daripada BNM, anda boleh mengisi borang yang disediakan oleh BNM dan melengkapkannya kemudian hantar kepada BNM. Untuk maklumat lanjut mengenai hal ini, boleh lawati:http://creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara Semak CCRIS Secara Online"

Post a Comment