5 Smartphone Terbaik Harga Bawah RM1000 Yang Boleh Anda Miliki Pada tahun 2017 Ini

Sesungguhnya kecanggihan teknologi sekarang membuatkan berbagai jenis smartphone yang muncul di pasaran. Keluar satu model, muncul pula model yang baru. Jika ingin mengejar teknologi smartphone ini nescaya tidak akan terkejar.

Bagaimanapun, pada artikel kali ini kami berkongsi dengan anda 5 smartphone terbaik yang berharga RM1000 kebawah yang boleh anda milik.

1. Huawei Honor 6

huawei honor 6


Walaupun telah diperkenalkan beberapa tahun lepas, Huawei Honor 6 masih lagi menjadi peranti kelas atas ayang mempunyai harga yang berpatutan. Dilengkapi dengan kamera 13mp belakang dan kamera 5mp hadapan sememangnya ianya sesuai untuk kaki selfie. Selain itu bagi penggemar multitask dan juga permainan , Huawei Honor 6 menawarkan RAM sebanyak 3GB. Boleh dikatakan Honor 6 merupakan peranti telefon pintar yang mempunyai RAM 3GB dan mempunya harga yang berpatutan.

Harga pasaran : RM938-999

Boleh dapatkan di sini dengan harga RM653

2.  Asus Zenfone Selfie
asus zenfone selfie



Bagi penggemar selfie, Asus Zenfone selfie adalah peranti mudah alih yang sesuai untuk anda, Ini kerana ianya dilengkapi dengan kamera hadapan 13MP. Begitu juga dengan kamera belakang. Selain itu, Asus Zenfone selfie mempunyai RAM sebanyak 3GB dan storan 32GB.

Harga pasaran Asus Zenfone Selfie : RM799

Boleh dapatkan di sini dengan harga RM699

3.ZTE Blade V7

zte blade v7


Peranti dari ZTE yang baru sahaja diperkenalkan kepada umum. Apa yang menariknya, peranti ini mempunyai fungsi pengimbas cap jari. Tidak ada pengeluar smartphone yang menawarkan harga serendah ZTE Blade V7 ini dan pada masa sama dilengkapi denga fungsi fingerprint scanner.
Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah, ia mempunyai keupayaan kamera 13 MP bahagian belakang, dan 8 MP bahagian depan. Pastinya gambar selfie yang anda ambil nanti sama kualitinya seperti mengambil menggunakan kamera belakang. ZTE Blade V7 dilengkapi dengan storan 16GB dan RAM 2GB. Ruang storan boleh dipertingkat dengan menambah kad micro sd.

Harga pasaran : RM499. Anda boleh dapatkan ZTE Blade V7 di sini.


4. Alcatel Onetouch  FLASH 2


alcatel onetouch

Alcatel bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia smartphone. Cuma merkea jarang mengeluarkan perani mereka dan mengurangkan hard sell. Satu peranti terbaru dari mereka iaitu Alcatel Onetouch Flash 2 cukup berbaloi untuk dimiliki pada masa kini. Dilengkapi ram 2GB dan storan 16GB pastinya sudah cukup untuk melakukan tugasan seharian melalui smartphone.
Apa yang menarik perhatian kami adalah, disaat smartphone berlumba-lumba menggunakan saiz skrin 5.5" ke atas, Flash 2 datang dengan skrin 5". Bagi kami saiz skrin 5" adalah saiz paling ideal bagi penggemar smartphone yang tidak mahukan smartphone terlalu besar.

Ianya juga dilengkapi dengan kamera 8MP belakang fan 5MP hadapan.

harga pasaran : RM499, dapatkan di sini.

5. Lenovo Vibe P1 Turbo
lenovo vibe p1


Peranti 5.5 inci dari Lenovo ini sangat berkuasa. Ini kerana ianya dilengkapi dengan RAM 3GB dan juga 32GB ROM. Selain itu ianya juga mempunyai fungis pengimbas cap jari untuk membuka lockscreen. Kamera pula dikuasakan dengan 13MP kamera belakang dan 5MP kamera hadapan dengan fungsi focus.


 harga pasaran : RM999
Anda boleh dapatkan di sini dengan harga RM899

5. Xiaomi Redmi Note 4


redmi note 4

Jika anda inginkan satu telefon pintar yang mempunyai ram 4GB dengan ahrga berpatutan , Xiaomi Redmi Note 4 adalah pilihan terbaik anda. Jika dilihat, ini merupakan smartphone paling berbaloi yang boleh anda miliki pada tahun ini. Susah nak carai smartphone dengan harga bawah RM1000 dan mempunya RAM sebesar 4GB

Harga  64GB/4GB RAM - RM999


EXTRA:

6. Xiaomi Mi Mmax.
xiaomi mi max

Xiaomi Mi Max dilengkapi dengan RAM 3GB dan memory 32GB. Kamera hadapan dengan 5mp dan kamera belakang 16mp. 

Jika anda berminat untuk dapatkan Mi max secara online, lihat sini - RM999 Xiaomi Mi Max 

UPDATE: 3 September 2016. Kemaskini harga serta tambah beberapa smartphone yang dirasakan relevan.


Semoga dengan artikel ringkas ini dapatlah anda membuat pilihan sebaiknya. Sengaja tidak ami meletakkan spesifikasi spesifik untuk peranti-peranti ini kerana anda sendiri boleh mencarinya.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Smartphone Terbaik Harga Bawah RM1000 Yang Boleh Anda Miliki Pada tahun 2017 Ini"

Post a Comment